KONVENSYEN NEGARA UNGGUL

Persoalan-Persoalan Yang Menjadi Tanda Tanya Bagi Sekalian Penduduk Malaysia

  1. Adakah objektif negara berpendapatan tinggi sudah cukup mengukur status kemajuan negara Malaysia?
  2. Adakah ekonomi dan bekalan sumber negara akan terjamin jika negara terus terikat dengan kartel dan monopoli elit kapitalis?
  3. Adakah empat bidang kuasa yang terpecah antara kerajaan, badan penguatkuasaan, monopoli modal dan gerakan sivil ini mampu diseimbangkan?

Pelancaran Buku Negara Unggul Dalam Konteks Malaysia di Konvensyen Negara Unggul

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

YABhg. Tun/YBhg. Tan Sri/ Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan

Dengan segala hormatnya, sukacita dimaklumkan bahawa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Independent Strategic Research Institute (IRIS) akan menganjurkan Konvensyen Negara Unggul pada ketetapan berikut:

Tarikh: 25 Februari 2024
Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat: Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi
Yuran: RM50 (Hadir Konvensyen & dapat Buku Negara Unggul)
RM20 (Hadir Konvensyen)

Oleh yang demikian, kami ingin menjemput YABhg. Tun/YBhg. Tan Sri/ Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk hadir ke konvensyen ini.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan AJK Pendaftaran, En Azmie di talian +60192827880 atau melalui e-mel: salam@isma.org.my

BERSAMA-SAMA MEMBANGUNKAN PERADABAN

Sekian, terima kasih dan salam hormat.

“Negara Maju Acuan Sendiri”